Hujan Berterusan Diramal Landa Pantai Timur, Selatan Tanah Air, Sabah Hingga Isnin

Bernama

Hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka melanda Tumpat, Pasir Mas, KB, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan serta seluruh kawasan di Terengganu. – Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka melanda Rompin di Pahang serta Mersing dan Kota Tinggi di Johor sehingga Isnin ini (30 Jan).
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran yang dikeluarkan pada 1 petang ini memaklumkan hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka melanda Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan serta seluruh kawasan di Terengganu.

Di Pahang, kawasan diramal mengalami hujan lebat berterusan tahap buruk adalah Kuantan dan Pekan, sementara di Johor melibatkan Segamat, Kluang, Kulai dan Johor Bahru.

Sementara itu, hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Kelantan membabitkan kawasan Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai; Pahang di Jerantut dan Maran; Johor di Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian; dan di Sabah meliputi kawasan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.
— BERNAMA

Sumber artikel: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/hujan-berterusan-diramal-landa-pantai-timur-selatan-tanah-air-sabah-hingga-isnin-404118

Add a Comment

Your email address will not be published.