Kuala Lumpur Eco Film Festival Antarabangsa Edisi Ke-16 Kembali di Semua House KL
KUALA LUMPUR, 11 OKTOBER 2024 – Kuala Lumpur Eco Film Festival Antarabangsa Edisi ke-16 (KLEFF) akan kembali untuk edisi ke-16 dari 24 hingga 27 Oktober 2024, di Semua House yang telah diperbaharui di Kuala Lumpur. Dianjurkan oleh EcoKnights, sebuah NGO alam sekitar terkemuka, KLEFF meneruskan misinya untuk mempromosikan kelestarian melalui penceritaan yang memberi impak.
Sejak penubuhannya pada tahun 2008, festival ini telah berkembang menjadi platform yang meraikan kreativiti sambil meningkatkan kesedaran tentang cabaran alam sekitar yang mendesak.
KLEFF pada tahun ini dapat dilakukan dengan sokongan dari Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Sehubungan dengan objektif SPAN untuk memupuk masyarakat yang prihatin terhadap air selaras dengan tema festival mengenai kelestarian air. Kerjasama ini menekankan kuasa filem sebagai perantara untuk memacu perubahan, di mana KLEFF menayangkan filem yang mencabar penonton untuk berfikir secara kritikal mengenai isu alam sekitar.
Wakil dari SPAN berkata “Air adalah sumber yang sangat penting, dan menguruskan penggunaannya dengan berkesan merupakan salah satu cabaran terbesar kita. Sebagai badan pengawal selia dalam industri perkhidmatan air, tanggungjawab utama SPAN adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai nilai air.
Bagi mencapai matlamat ini, SPAN telah melaksanakan pelbagai inisiatif yang fokus kepada pendidikan awam. Kerjasama ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kesedaran tentang kepentingan pemeliharaan air dan memberdayakan semua pihak untuk mengambil tindakan bermakna dalam melindungi sumber yang sangat penting ini.”
KLEFF 2024 akan diadakan di Semua House yang ikonik, sebuah mercu tanda yang baru diperbaharui di kawasan tekstil bersejarah kota ini. Dengan kemudahan yang telah diperkemas dan suasana yang meriah, Semua House menyediakan latar belakang yang sempurna untuk festival ini.
Pencinta filem boleh menjangka pelbagai jenis filem, termasuk dokumentari yang mencabar pemikiran, filem pendek, dan animasi—filem-filem tersebut dipilih untuk memberi inspirasi dan memupuk keinginan bertindak ke arah kelestarian alam sekitar.
Selain tayangan filem, pesta ini juga akan menampilkan sesi perbincangan panel dan sesi soal jawab dengan pembuat filem, memberi peluang kepada peserta untuk berinteraksi dengan pemikir kreatif yang menggunakan seni penceritaan untuk memperjuang demi alam sekitar.
Pengunjung juga berpeluang mendengar secara langsung daripada para pereka filem dalam sesi perbincangan dan soal jawab. Selain tayangan filem, pengunjung KLEFF 2024 dapat menikmati aktiviti-aktiviti lain seperti persembahan secara langsung dari bakat tempatan serta bengkel interaktif untuk mempelajari gaya hidup mesra alam.
Untuk menambah kemeriahan pesta filem ini, Good Buy! Bazaar diadakan bagi menawarkan hasil kraftangan tempatan, produk-produk mesra alam serta pelbagai lagi pilihan barangan lain dari penjual tempatan yang menjunjung kelestarian alam.
Acara-acara ini bertujuan untuk mencipta festival yang bukan sahaja menghiburkan tetapi juga mendidik dan memberi inspirasi kepada peserta untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih prihatin terhadap alam sekitar.
Fadly Bakhtiar, Pengarah Festival, teruja dengan festival, menyatakan: “KLEFF 2024 di Semua House lebih daripada sekadar filem; ia adalah perhimpunan individu yang bersemangat, bersatu oleh matlamat yang sama—untuk mencipta masa depan yang lestari.”
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai KLEFF 2024 di Semua House dari 24 hingga 27 Oktober 2024 untuk menyemarakkan kelestarian, kreativiti tempatan dan memupuk semangat komuniti!