Pantau Kos Sara Hidup: Hari Air Sedunia | Ekosistem lestari menjamin keterjaminan air
Baru-baru ini, sempena Hari Air Sedunia, Amlir Ayat, Duta Air Kita dan juga Naib Presiden EcoKnights telah dipanggil untuk berkongsi pendapat yang di mana beliau banyak menyentuh aspek pengurusan air berdasarkan aspek perkhidmatan dan pentadbiran hal-hal berkenaan air yang berkualiti mempengaruhi kemapanan dalam menguruskan air.
Antara kata kunci yang boleh diambilberat adalah:
- Terdapat peningkatan kesedaran dan keprihatinan masyarakat serta agensi-agensi kerajaan dalam isu air.
- Salah satu isu air di Malaysia ialah setiap negeri memiliki cara pengurusan air sendiri, sehingga dapat memungkinkan terjadinya percanggahan.
- Setiap agensi air di tiap negeri seharusnya memiliki pemahaman yang sama untuk mewujudkan pengurusan air yang mampan di seluruh Malaysia.
- Isu lain ialah masih adanya beberapa kawasan yang masih memiliki kesulitan dalam mengakses air bersih.
Kerajaan negeri memiliki bidang kuasa yang besar dan isu ini harus segera diselesaikan untuk mencapai aspek Sustainable Development Goals (SDG) dan masyarakat yang mampan. - Mengenai usulan peningkatan tarif air, perkara ini dilihat adalah perlu untuk mendorong masyarakat dari membazirkan air.
- Pendidikan berkenaan pengurusan air secara bijak harus dilakukan sejak peringkat awal di sekolah-sekolah untuk membina generasi yang prihatin terhadap isu-isu penggunaan air.
Untuk melihat temu bual penuh, anda boleh aksesnya di sini.